Aktiviti Koperasi

Aktiviti yang dijalankan

 

1) Bantuan Kewangan dan Dermasiswa

 

  1. Pengenalan
  2. Sumbangan ini diberikan kepada anak-anak anggota yang cemerlang di dalam peperiksaan berikut:

 

Sumbangan

Keputusan Peperiksaan

Bantuan Kewangan

Peperiksaan akhir tahun bagi Tahun 1,2,3,4 dan 5

Dermasiswa

UPSR, PT3, SPM serta peperiksaan akhir tahun bagi Tingkatan 1,2 dan 4

 

  1. Kelayakan
  2. Bantuan Kewangan
  • Ibu atau bapa telah menganggotai koperasi tidak kurang dari lima (5) tahun
  • Ibu atau bapa adalah kakitangan awam berjawatan dalam gred 1 hingga gred 16
  • Pelajar (anak-anak anggota) yang bersekolah di institusi pendidikan kerajaan, institusi pendidikan bantuan kerajaan atau yang setaraf dan diiktiraf oleh kerajaan
  • Keputusan akademik minima – markah keseluruhan hendaklah tidak kurang daripada 60%

 

  1. Dermasiswa
  • Ibu atau bapa telah menganggotai koperasi tidak kurang dari lima (5) tahun
  • Pemohon dibahagikan kepada 2 kategori:

 

Kategori pendapatan

Gred jawatan

Pendapatan rendah

Ibu atau bapa merupakan kakitangan awam berjawatan dalam gred 1 hingga gred 16

Pendapatan tinggi

Ibu atau bapa merupakan kakitangan awam berjawatan dalam gred 17 dan ke atas

 

  • Pelajar (anak-anak anggota) yang bersekolah di institusi pendidikan kerajaan, institusi pendidikan bantuan kerajaan atau yang setaraf dan diiktiraf oleh kerajaan
  • Kelayakan akademik minima adalah seperti berikut:

 

Keputusan peperiksaan

Kelayakan akademik

UPSR

Sekurang-kurangnya mendapat pangkat A dalam mana-mana tiga (3) matapelajaran

Tingkatan 1 & 2

Sekurang-kurangnya mendapat pangkat A dalam mana-mana empat (4) matapelajaran

PT3

Sekurang-kurangnya mendapat pangkat A dalam mana-mana lima (5) matapelajaran

Tingkatan 4

Sekurang-kurangnya mendapat pangkat A dalam mana-mana lima (5) matapelajaran

SPM

Sekurang-kurangnya mendapat pangkat A dalam mana-mana lima (5) matapelajaran

 

  1. Syarat-syarat permohonan
  • Ibu atau bapa tidak dibenarkan membuat lebih dari satu permohonan bagi seorang anak
  • Permohonan dipertimbangkan mengikut kedudukan (ranking) berdasarkan pencapaian akademik, tanggungan dan gaji pokok anggota
  • Permohonan yang berjaya ditenrukan berdasarkan kedudukan (ranking) teratas dan dihadkan kepada jumlah maksima penerima yang diperuntukkan bagi tiap-tiap kategori
  • Pemohon yang telah berjaya mendapat bantuan, tidak layak dipertimbangkan pada tahun berikutnya kecuali bagi penerima dermasiswa UPSR, PT3 dan SPM

 

  1. Tarikh tutup permohonan

 

Permohonan

Tarikh tutup

Bantuan kewangan pelajar tahun 1 hingga 5

15 Januari tahun berikutnya

Dermasiswa pelajar tingkatan 1, 2, 4, UPSR dan PT3

15 Januari tahun berikutnya

Dermasiswa pelajar SPM

15 April tahun berikutnya

 

  1. Borang permohonan
  • (Link) Borang Permohonan Bantuan Kewangan
  • (Link) Borang Permohonan Dermasiswa