Aktiviti Koperasi

Aktiviti

Bantuan Kewangan dan Dermasiswa

Pengenalan

Syarat-syarat permohonan
  • Sumbangan ini diberikan kepada anak-anak anggota yang cemerlang di dalam peperiksaan di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia 
  • Ibu atau bapa tidak dibenarkan membuat lebih dari satu permohonan bagi seorang anak
  • Permohonan dipertimbangkan mengikut kedudukan (ranking) berdasarkan pencapaian akademik, tanggungan dan gaji pokok anggota
  • Permohonan yang berjaya ditentukan berdasarkan kedudukan (ranking) teratas dan dihadkan kepada jumlah maksima penerima yang diperuntukkan bagi tiap-tiap kategori
  • Pemohon yang telah berjaya mendapat bantuan, tidak layak dipertimbangkan pada tahun berikutnya kecuali bagi penerima dermasiswa Tahun 6, Tingkatan 3 dan SPM/SVM
  • Keahlian anggota tidak kurang daripada 2 (dua) tahun semasa permohonan dibuat
Hubungi Kami Untuk Keterangan Lanjut

03-4256 8960

Kelayakan Untuk Permohonan
  • Tahun 6 - Sekurang-kurangnya mendapat pangkat A dalam mana-mana tiga (3) matapelajaran
  • Tingkatan 1 & 2 - Sekurang-kurangnya mendapat pangkat A dalam mana-mana empat (4) matapelajaran
  • Tingkatan 3 - Sekurang-kurangnya mendapat pangkat A dalam mana-mana lima (5) matapelajaran
  • Tingkatan 4 - Sekurang-kurangnya mendapat pangkat A dalam mana-mana lima (5) matapelajaran
  • SPM/SVM - Sekurang-kurangnya mendapat pangkat A dalam mana-mana tiga (3) matapelajaran
Tarikh tutup permohonan
  • Bantuan kewangan pelajar tahun 1 hingga 5 -  15 Januari tahun berikutnya
  • Dermasiswa pelajar Tahun 6, Tingkatan 1, 2, 3, 4 -  15 Januari tahun berikutnya
  • Dermasiswa pelajar SPM/SVM - 15 April tahun berikutnya