Pihak Koperasi ingin mengumumkan pelantikan En. Fatmee bin Mansor (No. Anggota 010347) sebagai Anggota Lembaga Koperasi yang baharu, berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2026.
Pelantikan ini dilaksanakan bagi mengisi kekosongan susulan pemergian Allahyarham Encik Hafizal bin Mahamad yang telah kembali ke Rahmatullah pada 30 Jun 2026.
Seluruh barisan Anggota Lembaga dan warga Koperasi mengucapkan tahniah serta selamat berkhidmat kepada Encik Fatmee bin Mansor. Semoga barisan kepimpinan baharu ini dapat terus memacu kecemerlangan dan kemajuan Koperasi ke peringkat yang lebih tinggi.



